Sirih Yang Patut Dikenali. Artikel kali ini, MYiDEAKiNi ingin berbicara tentang jenis sirih tempatan dan herba yang boleh dimakan.
Jenis Pokok Sirih Yang Patut Dikenali | Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. Assalamualaikum dan Salam Shalawat atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W 'Ya Allah, limpahkanlah rahmat ke atas Nabi Muhammad SAW dan ke atas keluarganya'.
Biasanya jika di kampung-kampung, orang terdahulu menggunakan daun ini untuk dimakan bersama hirisan buah pinang, hantaran pertunangan dan sebagainya. Artikel kali ini, MYiDEAKiNi ingin berbicara tentang jenis sirih tempatan yang boleh dimakan & juga di kategori pokok herba.
Jenis Pokok Sirih Yang Patut Dikenali
![]() |
Sumber: Google images |
#1 Sirih Merah
Sirih ini biasanya boleh didapati dan hidup di tempat-tempat yang tanahnya lembap. Ianya bersifat menjalar. Kebiasaannya, adat-adat orang melayu terdahulu, sirih ini dijadikan hiasan untuk hantaran pertunangan atau dinamakan sirih junjung. Daun sirih juga boleh dimakan bersama hirisan buah pinang. MYiDEAKiNi tidak pasti maklumat dimana menurut informasi saintis, jika dimakan dauh sirih ini boleh menyebabkan kanser.
Tahun 1984, ketika itu masih kanak-kanak lagi, arwah atok suka menanam pokok sirih ini. Tak silap arwah juga suka memakannya bersama hirisan buah pinang.
![]() |
Sumber: Google images |
Dalam masyarakat india memanggilnya pokok sirih hutan. Manakala masyarakat melayu memanggilnya pokok kadok. Pokok kadok ini mudah hidup ditanah yang lembap.
Tidak bersifat menjalar seperti sirih junjung. Hidup dalam kelompok dan mudah membesar dengan cepat. Biasanya MYiDEAKiNi akan mengambil pucuk untuk dimasak lemak putih. Memang sangat sedap.
Pernah suatu ketika dahulu, viralnya daun kaduk dijadikan makanan seperti sirih junjung. Ianya dinamakan Miang Kham, ramuannya sangat mudah dan ringkas. Anda boleh baca ini juga untuk tanaman di halaman rumah: Tanaman Pokok Pudina Dalam Botol Air Mineral Terbuang
![]() |
Sumber: Google Images |
Sesetengah masyarakat menamakan sirih air atau ketumpang air atau sirih cina. Tanpa disedari biasanya pokok ini mudah didapati di halaman rumah atau dicelah-celah pasu bunga.
Mudah hidup ditanah yang lembap seperti pokok kadok. Bentuk fizikal pokok ini tidaklah besar seperti pokok sirih junjung mahupun sirih hutan @ kadok.
MYiDEAKiNi belum masih ada pengalaman memakan pokok herba ini. Melalui informasi yang ada di google, pokok ini boleh di buat ulam atau salad. Cuma perlu di basuh dengan bersih dan teliti kerana siput-siput kecil suka berteduh dibawah pokok ini.
![]() |
Sumber: Google images |
Kesimpulannya, pastinya ketiga-tiga pokok sirih ini di kategorikan pokok herba. Ianya mempunyai khasiat dan rawatan tersendiri. Jadi jika anda terlihat pokok ini, boleh dijadikan sajian ulaman atau masakan seharian. Selamat mencuba :)
daun kaduk tu saya buat kerabu..sedappp dan yang sireh cina tu saya buat salad tapi x mampu nak makan sireh dengan pinang tu..hee
ReplyDeleteSaya pun belum pernah makan sirih dengan hirisan buah pinang. Agaknya apa rasa ya? Biasanya saya nampak masyarakat india dan mynmar ja yang jenis makan sirih merah tu. Lepas tu ludah sirih tu di tepi koridor pangsapuri kos rendah :)
Deletemasa kecik2 pernah cuba makan sirih pinang tu..tp diluah balik sbb pahit tul!
ReplyDelete