Pemasaran Percuma Sangat Powerfull, My Google Business | Teknik rahsia pemasaran percuma dari produk google iaitu My Google Business

Dalam pemerhatian MYiDEAKiNi, ramai peniaga online, lebih tertumpu kepada facebook, twitter dan juga instagram dimana mereka ini sanggup menghabiskan modalnya dengan menggunakan servis iklan berbayar. Bukan itu sahaja, kadang-kadang jika tidak kena dengan tekniknya, mungkin mereka tidak akan mendapat prospek atau pelanggan untuk membeli produk mahupun perkhidmatan servis. Secara tidak langsungnya, anda mengkayakan pemilik akaun facebook, twitter dan instagram. Hahaha...
Pemasaran Percuma Yang Sangat Powerfull, My Google Business

Apa itu Google My Bussiness? Google My Business adalah merupakan salah satu ciri-ciri sistem yang telah disediakan oleh Google untuk anda yang memiliki perniagaan dan ingin memasarkan secara online. Melalui Google My Business inilah Google akan membantu pelanggan untuk menemukan perniagaan anda melalui carian kata kunci.
Google My Business ini berfungsi memberikan informasi tentang lokasi, jadual dan nombor telefon mengenai perniagaan anda. Dengan Google My Business akan menemukan prospek dengan anda. Bukankah pelanggan akan lebih percaya saat mereka mengetahui lokasi perniagaan secara terperinci?
Google My Business boleh di kategorikan beberapa perniagaan utama seperti berikut:
- Local Perniagaan
- Produk atau Jenama
- Perusahaan, Organisasi, ataupun Institusi
- Seni
- Hiburan
- Olahraga
- Dan lain-lain

Ciri-ciri aplikasi My Google Business
Ciri-ciri yang terdapat dalam aplikasi My Google Business seperti berikut:
Ramai pengguna akan memilih Google browser internet untuk mencari informasi yang berkenaan berbanding dengan browser internet yang lain. Jadi dengan adanya produk yang disediakan oleh pihak pengurusan google memudahkan pelanggan mencari anda. Ianya adalah produk PERCUMA dan tidak perlu dibayar. Jika anda membuat perniagaan dan mempunyai akaun google sedia ada, bolehlah menggunakan produk My Google Business ini. Alhamdulillah setakat ini, My Google Business banyak membantu MYiDEAKiNi dalam carian dan berada di halaman pertama google.
- [message]
- ##check## Home
- Menu ini adalah paparan utama yang merangkumi views, carian dan aktiviti perniagaan anda dalam tempoh 1 bulan
- ##check## Customers
- Menu ini adalah ruangan komen dan review mengenai servis yang telah di gunakan oleh pelanggan anda. Jika anda mendapat review dan rating lebih tinggi daripada pelanggan anda, google akan meletakkan perniagaan anda di halaman pertama dalam carian.
- ##check## Profile
- Ciri-ciri diruangan ini mengandungi 4 menu utama iaitu Overview, photos. posts dan produk anda. Diruangan inilah anda boleh memasukkan semua informasi yang berkaitan dengan perniagaan anda.
- ##check## More
- Manakala ciri-ciri diruangan ini adalah berkaitan dengan akaun, Website, Manage Users, Help & Feedback dan Setting. Ruangan ini anda bolehlah godek sendiri untuk memahami dengan ciri-ciri yang ada.

Trending Terkini! Penggunaan Aplikasi Touch & Go Ewallet Memudahkan Perjalanan Anda!
Kenapa My Google Business?

Bukan mudah untuk mendapat ranking di halaman pertama google tau, anda perlu sentiasa mengemaskini halaman tersebut. Perlu ada sifat kerajinan anda dalam menaikkan trafik dan keputusannya sangat berbaloi. Tak percaya? Terpulang pada anda yang menilainya.
Selain itu, anda juga perlu meminta jasa baik pelanggan anda untuk memberi rating, komen dan review selepas memilih perniagaan anda. Ini adalah salah satu teknik pemasaran yang sangat powerfull. Hanya dengan rating, komen dan review daripada pelanggan, google akan membantu perniagaan berada di ranking halaman google yang pertama. Rasanya anda sudah tidak perlu membuat iklan bayaran dari media sosial yang lain seperti facebook, instagram, twitter dan sebagainya.
Anda boleh lihat sendiri usaha MYiDEAKiNi untuk mendapatkan rating, review dan komen daripada pelanggan selepas menggunakan servis Hotel Kucing & Spa Kinrara, Zul & Azizi Boarding Pets. Tiada paksaan daripada pelanggan untuk memberi rating, review dan komen, sekadar untuk tahu layanan kami terhadap pelanggan.
Di harap selepas penerangan artikel ini, sedikit sebanyak dapat membantu anda yang dalam menaikkan ranking perniagaan anda. Mungkin ada sesetengah pemasar internet tidak mendedahkan lebih terperinci mengenai My Google Business. MYiDEAKiNi sudah lama menggunakan produk ini dan masih mencari ilmu dalam teknik pemasaran yang efektif.
Jika anda mempunyai sebarang komen atau pandangan yang bernas dengan teknik pemasaran PERCUMA ini, boleh tinggalkan komen di ruangan artikel ini. Jumpa lagi di siaran artikel yang lain.
Di harap selepas penerangan artikel ini, sedikit sebanyak dapat membantu anda yang dalam menaikkan ranking perniagaan anda. Mungkin ada sesetengah pemasar internet tidak mendedahkan lebih terperinci mengenai My Google Business. MYiDEAKiNi sudah lama menggunakan produk ini dan masih mencari ilmu dalam teknik pemasaran yang efektif.
Jika anda mempunyai sebarang komen atau pandangan yang bernas dengan teknik pemasaran PERCUMA ini, boleh tinggalkan komen di ruangan artikel ini. Jumpa lagi di siaran artikel yang lain.
terbaek :)
ReplyDelete