Boleh Untungkah Dengan Harga RM5?


Apa yang dikatakan harga RM5.00? Begini ceritanya, seorang peniaga kafe cuba untuk mengurangkan menu yang terlampau banyak yang menyebabkan pembaziran serta pembelian barang-barang keperluan asas perniagaan sedangkan kutipan jualan setiap hari tidak mencapai tahap yang memuaskan. Dengan kurangnya menu yang sedia ada dan memikirkan apakah menu yang sesuai dengan harga RM5.00? Akhirnya setelah di fikirkan menu yang sesuai dengan harga RM5.00 adalah seperti berikut:
- Mee Sup
- Mee Kari
- Bihun Sup
- Bihun Nyonya
- Kuay Tiew Sup
- Mois Sup (Bubur Nasi)

Bagaimana ianya boleh memukau pelanggan yang berkunjung ke cafe ini? Adakah dengan harga menu makanan RM5.00 atau kucing-kucing yang comel dan gebu? Boleh di katakan kedua-duanya sekali kerana jika hanya dengan harga menu makanan RM5.00, mungkin pelanggan akan bosan kerana di kawasan taman itu boleh di katakan banyak restoran, warung dan kafe yang menyediakan makanan. Harga menu makanan yang dinyatakan sudah tentu boleh mencecah sehingga RM5.00 dan keatas. Ada yang mampu dan ada yang cukup-cukup bajet.
Berikut adalah beberapa testimoni yang sudah mencuba dan merasa makanan dengan harga menu RM5.00 ini di Cafe & Cat Garden:
.
Puan Asiah, PUJ 2: "Sedap moi sup n mee kari, lain kali boleh pergi makan kat kedai"
.
Puan Liana, Taman Desa minium Rimba: "Saya makan mee kari, sedap saya suka. Anak-anak bihun sup, habis je makan. Sedap katanya"
.
Puan Suraya, Taman Lestari Perdana: "Mee kari sedap sangat, cukup rasa. Moi sup anak saya suka sangat, sampai licin makan. Terbaik Cafe & Cat Garden 👍👍👍"
.
Puan Fara, Taman PUJ 2: "Lapar kuasa dua...Perghh! Sedap mee kari kerang ni. Good Cafe & Cat Garden. Alhamdulillah....
.
Puan Gee, Taman PUJ 3: "Cafe & Cat Garden, korang punya mer kari memang marvelous. Tadi beli 2 bungkus, anak satu, Kak Gee satu. Akhirnya Kak Gee sebat 2 bungkus sekali"
.
Puan Syahida: "Memang mee kari sedap, tambah sambal goreng tu. Nasib baik tak pedas. Kalau tidak masuk hospital 😂"
.
Puan Waty, Taman PUJ 1: "Dah makan mee kati semangat lak mengemas rumah...hehehe"
.
Puan Farini: "Tadi pagi makan di Cat Cafe, Lamb Grill sedap. Kalau lebih blacpepper lagi sedap. Pastu bihun sup pun sedap. Sambal kicap kalau kaw sikit lagi best"
Kalau anda sendiri ingin berkunjung ke Cafe & Cat Garden, boleh menggunakan aplikasi waze dan taip "Cafe & Cat Garden" atau melalui alamat seperti berikut:
No.95G, Jalan PUJ 3/3,
Taman Puncak Jalil, Seri Kembangan
43300 Bandar Putra Permai,
Selangor Darul Ehsan.
Anda juga boleh menghubungi melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS) atau aplikasi WhatsApp di bawah ini:
.
📲📱Whatsapp "011-324 34345"
📲📱Whatsapp "011-324 34345"
📲📱Whatsapp "011-324 34345"
Manakala waktu beroperasi Cafe & Cat Garden adalah seperti berikut:
Isnin & Selasa : 4.00petang - 12.00malam
Rabu : CUTI
Khamis & Jumaat : 4.00petang - 12.00malam
Sabtu & Ahad : 11.00pagi - 11.00malam
Disamping menyediakan harga menu RM5.00, Cafe & Cat Garden ada juga menyediakan srvis penghantaran makanan hanya di kawasan taman itu serta yang berdekatan dengannya. Caj penghantaran akan di kenakan sebanyak RM3.00 dan menggunakan servis "runner". Waktu beroperasi penghantaran makanan ini bermula dari jam 7.00 petang - 10.00 malam. Dengan adanya servis sebegini, pelanggan yang teringin untuk merasakan menu harga RM5.00 ini tetapi tida pengangkutan untuk ke kafe mereka, bolehlah menggunakan servis penghantaran mereka.
Kesimpulannya, masih ada di antara masyarakat Malaysia khususnya yang cukup-cukup bajet perbelanjaan harian. Asalkan harga menu RM5.00 ini berbaloi dengan harga dan rasa. Jika di bandingkan dengan harga RM5.00 sahaja tetapi rasanya kurang enak serta memuaskan mungkin akan menjatuhkan reputasi kafe anda. Jadi kenalah jaga reputasi ini demi mempertingkatkan jualan seharian. Anda bila lagi?
tgk tempat juga... klu tpt brg mentah mahal, mahal la harganya.... nak kira untung tak tahu la... lain lak cite.... tempat akak laksa penang 2.50 satu mangkuk ada lagi.... banyak dan sedap lak... akak pun tak sure dia untung ke tak, kalau untung mesti sedikit ja, sbb makanan kat cafe dia semua murah. nasi ayam pun RM2.50... masakan panas plg mahal RM4... teo o pu 0.70
ReplyDeleteBetul juga tu, mungkin bergantung kepada sumber barang mentah mahal atau pun murah. So mesti menu jualan tu akan mahal atau murah. Terima kasih atas pandangan.
Delete