http://www.myideakini.com/2276549.txt

Standard Format & Ukuran Video Yang Terbaik diYoutube

Standard Format & Ukuran Video Yang Terbaik diYoutube

Standard Format & Ukuran Video Yang Terbaik DiYoutube

logo youtubeBerbicara mengenai youtube yang sudah tidak asing lagi dalam dunia internet, malah merupakan internet video no.1 di seluruh dunia berbanding dengan vimeo dan sebagainya. Tetapi adakah anda tahu apakah standard bentuk format & ukuran video yang terbaik diYoutube? MYiDEAKiNi akan kupaskan dengan lebih lanjut lagi, so baca artikel ini sehingga habis. Semoga ianya dapat di manfaatkan bersama.

Terdapat banyak jenis format dan ukuran video yang biasa anda buat, bukan? Namun jika video tersebut ingin di muatnaik ke Youtube, anda perlu lebih menekankan hal-hala yang berkaitan dengan kriteria video tersebut terutama sekali berkaitan dengan format dan ukuran, sehinggalah video anda akan memiliki kualiti yang baik dengan ukuran yang telah ditetapkan dan dibenarkan oleh pihak Youtube. Jika tidak, mungkin video anda tidak akan di muatnaik ke dalam youtube akaun anda kerana formatnya yang tidak sesuai dengan ketentuan dan penampilan yang tidak memuaskan hati pihak youtube itu sendiri.

Selain memuatnaik video secara PERCUMA di akaun Youtube anda ketika ini, sistem ini juga memberi peluang kepada pengguna akaun youtuber di seluruh dunia untuk menjadi publisher Google Adsense, sehingga anda sendiri boleh menghasilkan pendapatan sampingan untuk setiap video yang mereka muatnaik dan di monetisasi.

Walauapapun tujuan anda untuk memuatnaikan video ke youtube, perkara paling penting yang perlu di utamakan adalah kualiti video tersebut sehingga memiliki ciri-ciri dan mendapatkan reputasi yang oleh youtube sehinggakan ianya mudah menghasilkan pencarian youtube, kualiti, format dan ukuran video yang sesuai. Hasilnya video tersebut boleh di tonton umum dan mendapat trafik yang maksimum.

Jadi bagaimanakah bentuk format dan ukuran video yang dicadangkan untuk memuatnaik ke youtube? Di artikel ini MYiDEAKiNi akan huraikan bagaimana memilih format dan ukuran video untuk anda memuatnaik ke youtube agar video tersebut memiliki kualiti, format dan ukuran yang dibenarkan oleh youtube.

Standard Format dan Ukuran Video Terbaik yang di cadangkan untuk memuatnaik video terus ke youtube.

Berikut adalah format dan ukuran video yang paling baik untuk anda memuatnaik terus ke chanel youtube anda:

#1 Bentuk Format Video Terbaik untuk Youtube

ukuran video format youtubeSeperti yang biasa anda ketahui, bahawa terlalu banyak video yang biasa di hasilkan melalui gadget serta komputer dengan format seperti MKV, MP4, MP3, 3GP dan sebagainya. Namun dari format seperti ini tidak semuanya di sokong oleh sistem youtube. Anda perlu pastikan tujuan menghasilkan video adalah untuk memuatnaik terus ke youtube dan perlu pertekankan apakah jenis format video yang disokong dan dibenarkan oleh youtube. Jika tidak, video anda tidak akan berjaya kerana format video tidak disokong dan tidak mengikut standard yang telah ditetapkan oleh youtube.

Berdasarkan dengan penjelasan dari google, berikut adalah beberapa format video yang disokong atau diterima sepenuhnya oleh youtube adalah seperti:
  • .MOV
  • .MPEG4
  • .MP4
  • .AVI
  • .WMV
  • .MPEGPS
  • .FLV
  • .3GPP
  • .WebM
[feature]ukuran video format youtube
Tetapi jika anda menghasilkan video dengan format selain seperti di atas, anda terpaksa mengubah/ menukarkan format video tersebut terlebih dahulu sebelum anda memuatnaik ke youtube. Di sini MYiDEAKiNi huraikan beberapa aplikasi yang boleh membantu untuk mengubah/ menukar format video anda seperti yang telah ditetapkan oleh sistem youtube seperti berikut:
  • Windows Movie maker, aplikasi video editor asas windows sederhana dan percuma dari microsoft.
  • Pinnacle studio, aplikasi video editor berbayar dengan ciri-ciri advanced dan dicadangkan untuk anda gunakan.
  • iMovie, aplikasi video editor khusus untuk pengguna Mac OS yang sesuai juga digunakan sebagai software video converter.

Anda boleh memilih salah satu peralatan aplikasi di atas untuk menukarkan/ mengubah format video anda. Setelah di tukar/ ubah format video tersebut, anda boleh memuatnaik video terus ke youtube dan disokong sepenuhnya oleh sistem youtube.

#2 Standard Ukuran Video Terbaik Untuk youtube

Kemungkinan terdapat banyak pilihan ukuran video yang biasa dan standard digunakan, namun jika video anda ingin di muatnaik ke youtube agar hasilnya memuaskan, anda haruslah memikirkan apa saiz standard ukuran video yang telah ditetapkan oleh youtube supaya ianya tidak bercanggah dengan sistem youtube.

Perlu anda ketahui bahawa standard aspek ratio yang ditetapkan oleh youtube adalah 16:9 kerana jika anda ingin memuatnaik video ke youtube, anda harus pastikan aspek ratio atau resolusi adalah 16:9. Namun pihak youtube telah menetapkan standard ukuran video dalam bentuk pixel di youtube adalah seperti berikut:

240p: 426 x 240 (16:9)
360p: 640x360 (16:9)
480p: 854x480 (16:9)
720p: 1280x720 (16:9)
1080p: 1920x1080 (16:9)
1440p (2k): 2560x1440 (16:9)
2160p (4k): 3840 x 2160 (16:9)

Untuk pengetahuan anda, sebenarnya anda memang boleh memuatnaik video dengan ukuran lain seperti di atas, tetapi jika ukuran video yang ratio atau resolusi bukan dari 16:9 seperti di nyatakan di atas, maka hasilnya agak mengecewakan kerana pihak youtube tidak akan membenarkan video anda tersebut di muatnaik ke player youtube.

Pihak google youtube telah menetapkan standard ukuran video di "encode upload" untuk rujukan kepada pengguna youtube. Jadi anda akan menghasilkan video mengikut standard ukuran video yang dibenarkan. Jika anda ingin memuatnaik video dengan resolusi yang tinggi, anda boleh rujuk standard yang dibenarkan oleh youtube di bawah ini:
  • Format video yang dicadangkan oleh youtube adalah MP4 (MPEG-4) dan pilihan resolusi HD minimum adalah 1080p.
  • Audio Codec: AAC-LC (Channels: Stereo or Stereo + 5.1 Sample rate: 96khz atau 48 khz)
  • Video Codec: H264
  • Frame Rates: Sebaiknya sesuaikan dengan video material yang original agar tidak terputus-putus.
Akhir sekali, sebagai rumusan artikel mengenai Format & Ukuran Video Yang Terbaik diYoutube (standard yang dicadangkan oleh youtube) untuk di muatnaik terus ke youtube perlulah mengikut standard yang ditetapkan agar pengguna youtube tidak sewenang-wenangnya memuatnaik video yang dihasilkan tidak mengikut standard yang dibenarkan. Semoga artikel ini akan menjadi rujukan khusunya kepada pengguna youtube sebelum anda memuatnaik ke youtube agar video yang dihasilkan mempunyai kualiti standard yang ditetapkan berbanding dengan video yang lain. Semoga ianya terus dimanfaatkan.

COMMENTS

BLOGGER: 2
Loading...
Daftar Sekarang!
Daftar Sekarang!
[IKLAN] Pendapatan Lumayan, Ingin Menyertainya?, Sila klik banner!

Contest iLancee     Belajar Buat Blog     Banner Komen Dan Menang

Name

2012,1,adsense,4,advertising,2,adwords,2,affiliate,3,agreed value,1,akmaomar,1,anime,1,application,2,applikasi,1,artikel minyak herba asmak,1,artis,1,asian wave 2012,2,autocad,2,award,1,bad requsted error 400,1,balik kampung,1,bank mandiri,1,bedil buluh,1,belajar buat blog,1,berita minggu,1,berjaya sompo insurances,1,bersawang,1,bertuah,2,bisnes aiskrim,1,Bitcoin,1,blog,16,blog review,15,blogger,33,bloggers,31,bloglist,8,blogspot,19,blogspot. facebook,3,blogwalking segmen,42,blogwalking. segmen,3,bola,1,booster,1,boruto,2,boruto uzumaki,1,bowling bloggers,1,browser,1,buat duit,5,bujang,1,bw,1,caplong,1,car insurances,1,car value,1,cat lover,1,cbox,1,cepat,1,china glory 1,1,china glory ii,1,chit chat,1,clash of clan,1,clashcon,1,coc,1,contents,3,contest,10,contest review lynk.my 2015,11,converter,1,cuba teka,1,cukai,1,daftar,1,dari dapur kedapur,1,datakl,1,diesel,1,diet,1,direktori,1,doa,7,doktor,1,domain,2,dot com,1,download,2,drawing,1,duit tabung,1,ekzema,1,email,2,event,1,ezbuy business,1,ezbuy Prime,1,faceboko,1,facebook,9,family,1,favicon,1,filem india,1,filem seram,1,follower,4,followers,7,forum,1,fungsi,1,G+,2,gadget,4,games,1,gaya gangnam,1,gempar,1,giveaway,20,glitterati,1,google,10,google calendar,1,google error,1,google plus,3,google trend,1,google+,1,google+ G+,1,googles,2,goole,1,gst,1,hadiah bertuah,2,halal,1,handsome,1,happy birthday,1,Hari raya Haji,2,hari wilayah,2,hati bersih,1,hiburan,1,honda dash 125,1,hosting,1,hotfm,1,icon,1,iklan,7,iklan berbayar,1,iLancee,1,ilmiah,2,impian,1,income,2,info,75,info kesihatan,4,info panas,10,informasi,10,instagram,1,insurans,1,interface,1,internet,9,istimewa,1,jalan-jalan,2,jana pendapatan,4,javascript,1,jobdirumah,2,jumaat,5,jumaat penghulu hari,1,kalkulator,1,kartun,1,keagamaan,1,kemaskini,1,kena tipu,1,keputusan,3,keputusan pemilihan,3,kerja dari rumah,2,klinik,1,kod html,1,komen,1,kongsi,1,kontest blog,4,korea,1,kuruskan badan,1,label,1,lagu,2,lawak,1,linkwithin,1,lirik,2,live coc,1,long url,1,lukisan kerja,1,lynk.my,5,maal hijrah,2,madu dan cuka epal,1,makanan tak sedap,1,maklumat,2,manual Fund4Life,1,market value,1,marketer,1,masak,1,mata terbeliak,1,maxis,1,mega,1,menu,1,merdeka,1,mesej,1,metatag,1,minyak,2,minyak asmak,1,minyak herba asmak,1,minyak naik lagi,1,motivasi diri,6,movie,1,mozilla firefox,2,msn,1,muat turun,1,muatturun,1,mudah,2,muhasabbah diri,2,myideakini,5,MYideakini bantah 200%,1,myspace,2,naruto shippudeen,2,nasihat,1,nasyid,1,network,1,networking,2,new face,1,new interface,1,niat,1,november-disember,1,nrelate,1,nuffnang,7,nutri xpress snek bar,1,offline google,1,on air,1,online,5,online money,1,pakej digi,1,pakej website,1,palestine,1,panas,1,pandangan mata,1,panduan,1,panel,1,paparan,1,part time income,3,patriotik. malaysia,1,pay per click,1,payment,1,pelanduk dua serupa,1,penawar asma,1,pengajaran,1,pengangkutan awam,1,pengangkutan persendirian,1,penghargaan,2,pengumuman,1,penyakit kulit,1,people,1,peperiksaan,1,percuma,1,perkhidmatan,1,permainan tradisi,1,pertandingan,1,petrol,1,petron,1,petronas,1,piala pingat malaysia 2012,1,politik,1,portable storage,1,Prime membership,1,produk,2,produk review,2,profil photo,1,program berbuka puasa dan majlis amal jariah,1,program ilmu,1,program realiti,3,program sihat,1,promosi,3,psoriasis,1,puasa,1,publisher,1,quacker oat meal,1,Rabu tanpa perkataan,5,rahsia,1,rangkaian,1,rekod,2,renungan,1,review,6,review filem,1,rezeki,2,ron 95,1,ron97,1,sahabat,1,Salam AidilAdha,1,sambutan,1,says dot com,1,search engine optimization,1,search engine rank pages,1,sedih,1,segmen,21,sejarah,1,seks melampau,1,selamat hari raya aidil adha,1,Selamat Ulang Tahun,2,sembang sembang,2,SEO,8,SERP,2,servis,2,sharing,2,shell,1,sijil online,1,simpanan,1,siput,1,Sirah Nabi,1,sistem,2,slow,1,snail,1,snek diet,1,software,1,solat,1,spam komen,1,speed,1,SPM,1,STPM,1,stress,1,sukan,1,sunat,1,suriafm,1,suul khotimah,1,sweden 1 star,1,sweden 2 star,1,syurga,1,tagged,2,tagline,1,tahniah,2,tahun baru islam,2,takdir,1,tarawikh,1,tazkirah,39,tazkirah Jumaat,13,teamviewer,1,teknik pemasaran,1,teknikal,2,teknologi,7,telefon pintar,1,telekom,1,tema,1,template,2,tension,1,tersurat dan tersirat,1,tifoid,1,tips,14,tips kesihatan,2,tournament bowling,2,tournament coc,1,tradisi,1,tradisional,1,trafik,1,tutorial,44,twin,1,twitter,2,ucapan,9,undi,1,unifi,1,update,1,url link,1,url shortener,1,uzumaki naruto,1,video,1,viral,3,vote,1,wajah baru,1,widgets,3,wild card,1,wordless wednesday,67,Wordless Wednesday #35,1,Wordless Wednesday #37,1,wordpress,4,ww,2,yahoo,1,yamaha ss 110,1,youtube,8,zikrullah,2,zukrullah,1,
ltr
item
MYiDEAKiNi Dot Com: Standard Format & Ukuran Video Yang Terbaik diYoutube
Standard Format & Ukuran Video Yang Terbaik diYoutube
Standard Format & Ukuran Video Yang Terbaik diYoutube
https://4.bp.blogspot.com/-7Cgl8bj_0UM/WIojmfusu5I/AAAAAAAAMx8/H6uaK0LvuvkhDypqF1c_W1U98SDCbl2WwCLcB/s320/logo_youtube.png
https://4.bp.blogspot.com/-7Cgl8bj_0UM/WIojmfusu5I/AAAAAAAAMx8/H6uaK0LvuvkhDypqF1c_W1U98SDCbl2WwCLcB/s72-c/logo_youtube.png
MYiDEAKiNi Dot Com
http://www.myideakini.com/2017/01/standard-format-ukuran-video-yang-terbaik-diyoutube.html
http://www.myideakini.com/
http://www.myideakini.com/
http://www.myideakini.com/2017/01/standard-format-ukuran-video-yang-terbaik-diyoutube.html
true
6287414355341171900
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy