http://www.myideakini.com/2276549.txt
Powered by Blogger.

Jalan-Jalan Jakarta, Indonesia Part #2

Jalan-Jalan Jakarta, Indonesia Part #2

Jalan-Jalan Jakarta, Indonesia Part #2 | Di dalam entri Jalan-Jalan Jakarta, Indonesia Part #1 adalah mukkadimah permulaan ke destinasi percutian Jakarta, Indonesia. Melalui pintu masuk imegresen Malaysia di KLIA2 sampailah ke pintu masuk imegresen Republik Indonesia, Soekarno Hatta Airport T3. Pemilihan penerbangan tambang murah AirAsia Indonesia dengan promosi yang sangat murah dan berpatutan ketika itu.



Meneruskan perjalanan penerbangan yang mengambil masa dalam 1 jam perjalanan dimana perlepasan dari jam 9.55pagi (waktu Malaysia) dan sampai ke destinasi jam 10.55pagi (waktu Malaysia). Setibanya MYiDEAKiNi di Lapangan Terbang Jakarta, terus menggunakan applikasi Grab untuk tempahan teksi tambang murah berbanding teksi airport yang di kenakan caj yang agak mahal. Suasana ketika dalam perjalanan ke destinasi Smart Hotel, Thamrin City agak sesak sekali, dimana kebanyakan kereta berpusu-pusu untuk menuju ke pejabat masing-masing.

Yang menjadi teruja sekali, pemandu-pemandu sangat berhemah walaupun jarak antara kereta atau bas ketika itu sangat rapat dan jauh berbeza di negara Malaysia. Sudah tentu berlakunya kemalangan di jalanraya jika menghadapi jalan yang begitu sesak dan sesetengan pemandu yang tidak berhemah terus memandu dengan laju. Ternyata sekali ianya hanya di Malaysia dan tidak di Jakarta, Indonesia.

Sampainya di destinasi Smart Hotel, MYiDEAKiNi meletakkan beg dan terus keluar mencari makan untuk tengahari. Smart Hotel ini sangat berdekatan dengan bandar Jakarta dan kemudahan yang ada di kawasan itu adalah GRAND iNDONESiA dimana Mall yang terbesar di Indonesia. Dikatakan Mall ini adalah untuk masyarakat Elite Indonesia. MYiDEAKiNi terus menuju ke Mall dan di dapati senibina hiasan dalaman Mall itu sangat mengagumkan. Jika di bandingkan dengan MidValley & Pavillion, rasanya Grand Indonesia Mall lebih besar.

Sejak peristiwa bom berani mati yang berlaku di jakarta, Indonesia baru-baru ini, kawalan ketat di laksanakan serta merta di mana-mana Mall yang terkenal dimana ketika memasuki Grand Indonesia Mall ini di periksa lebih dahulu serta mempunyai alat pengimbas/ pengesan bom demi menjaga keselamatan pengunjung di situ. Selepas memasuki Mall, MYiDEAKiNi terus menuju ke tingkat 3 dimana foodcourt yang di namakan Food Louver dan senibina hiasan dalaman sangat mengujakan. Seolah-olah berada di dalam restoran terkemuka walhal hanya Medan Makanan sahaja. Kalau uols rasa nak tengok senibina hiasa dalam boleh lihat sini : Food Louver Senibina Hiasan Dalaman

Yang peliknya, dalam banyak-banyak kedai makanan yang ada disitu, terdapatnya sebuah kedai makanan yang mengandungi babi dan selebihnya adalah menyediakan makanan & minuman yang HALAL. Sudah terang lagi bersuluh....huhuhu. Restoran yang di beri nama Nasi Campur Putri Kenanga seakan-akan kedai melayu-indonesia tetapi sayangnya di sajikan makanan yang tidak halal seperti daging babi. Nasib tak fitam.....

    

Selepas mengetahui semua itu, MYiDEAKiNi rasa serik untuk makan di situ dan cuba merasai pengalaman makan di tepi-tepi jalan. Harganya sangat murah dan sedap berbanding makan di Grand Indonesia Mall, Food Louver yang sangat mahal harganya setanding dengan harga di Midvalley & Pavillion. Hohoho...

Ramai pekerja-pekerja dari Grand Indonesia mencari makan diluar Mall dan kecil ini akan mula beroperasi dari jam 4.00petang sehinggalah jam 11.00malam (waktu tempatan Jakarta). Apa yang dapat di komen, pegawai majlis tempatan tidak membuat kacau pada penjual-penjual kaki lima, malah menjadi rutin seharian pada peniaga-peniaga kecil. Jika hendak dibandingkan di Negara kita sendiri, Malaysia, sudah pasti akan di rampas oleh Majlis Bandaraya Tempatan, bukan? Sepanjang MYiDEAKiNi di sini, tiada apa-apa yang berlaku rampasan dari pihak majlis bandaraya tempatan. Begitu juga dengan pegawai polis di Jakarta, tiada apa-apa penahanan dari pihak polis dan setakat ini. Alhamdulillah....

      

Dan anda boleh nilaikan sendiri jika pengunjung luar negara yang datang melawat di negara kita sendiri (Malaysia), apa akan jadi pada pengunjung luar tersebut, jika di syaki sesuatu yang mencurigakan, sudah pasti akan ditahannya untuk "sesuatu", bukan? Pepatah Melayu "Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri; baik lagi di negeri sendiri"....

Pada keesokan harinya, MYiDEAKiNi pergi ke Mangga Dua dan Tanah Abang. Didapati disini terdapat banyak pakaian-pakaian borong yang sangat murah terutama sekali pakaian muslimin dan muslimah. MYiDEAKiNi memilih pengangkutan awam yang dikenali Angkutan Bandar atau Bajai. Angkutan Bandar atau Bajai ini adalah pengangkutan awam beroda tiga dan tambangnya mengikut lokasi yang terpilih. Ada juga yang murah dan ada juga yang mencekik darah Hohoho... Sebelum memilih pemandu Bajai ini, uols perlu tanya kos harga tambang ke lokasi pilihan. Antara tambang yang dikenakan Rp20,000 hingga ke Rp60,000 (yang ini memang mencekik darah). Manakala ayat borong yang digunakan dalam loghat Indonesia adalah "groser" manakalan promosi adalah "Obral". Kena ingat tu yer, jika uols ingin ke Tanah Abang akan jumpa ayat-ayat di sebutkan tadi. Gambarajah bangunan hijau ini adalah bangunan yang dikatakan pusat pemborong baju-baju serta kain-kain yang harganya tersangat murah dan berpatutan. Gambar dibawah ini adalah sebahagian kain dan telekong set solat yang sempat dibeli untuk ibu dan adik-adik tersayang di kampung.

      

    

Akhirnya, sebelum pulang, MYiDEAKiNi sempat ke Tugu Monas, sekadar gambar kenangan. Jadi percutian sudah pun berakhir dan MYiDEAKiNi memilih penerbangan Malindo Air tambang murah untuk pulang ke tanah air. Apa yang dapat di komen dengan memilih pengangkutan penerbangan Malindo Air disini, tempat duduk yang sangat selesa berbanding AirAsia. Selain itu, terdapat juga disediakan servis entertaiment untuk tujuan demo keselamatan. Didalam peralatan ini di muatturun movie kedalam aplikasi ini. Jadi tidaklah bosan sangat perjalanan pulang. Penyedian snek secara percuma diberikan kepada pelanggan yang memilih servis pengangkutan Malindo Air. Tidak lupa pada bagasi yang tidak melebihi 30kg dan keatas tidak dikenakan bayaran apa-apa. Ianya secara PERCUMA!. Uols pilihlah Malindo Air. Bukan nak promote tetapi keselesaan anda juga.....

Suasana ruangan "boarding pass" sebelum menaiki pesawat Malindo Air

~ T A M A T ~

COMMENTS

BLOGGER: 1
Loading...
[IKLAN] Pendapatan Lumayan, Ingin Menyertainya?, Sila klik banner!

Cerdik Pintar    Rahsia Penulis    Bisnes Air Balang    Bisnes Aiskrim    Bisnes Bakeri    Bisnes Burger    Nak Kurus?   
Name

2012,1,adsense,5,advertising,2,adwords,2,affiliate,3,agreed value,1,akmaomar,1,anime,1,aplikasi,2,application,2,applikasi,1,artikel minyak herba asmak,1,artis,1,asian wave 2012,2,autocad,2,award,1,bad requsted error 400,1,balik kampung,1,bank mandiri,1,bedil buluh,1,belajar buat blog,2,berita minggu,1,berjaya sompo insurances,1,bersawang,1,bertuah,2,bisnes aiskrim,1,Bitcoin,5,blockchain,1,blog,18,blog review,16,blogger,34,bloggers,31,bloglist,9,blogspot,21,blogspot. facebook,3,blogwalking segmen,43,blogwalking. segmen,3,bola,1,booster,1,boruto,2,boruto uzumaki,1,bowling bloggers,1,browser,1,buat duit,6,bujang,1,bw,1,caplong,1,car insurances,1,car value,1,cat lover,1,cbox,1,cepat,1,china glory 1,1,china glory ii,1,chit chat,1,clash of clan,1,clashcon,1,coc,1,contents,2,contest,10,contest review lynk.my 2015,11,converter,1,crypto currency,1,cryptocurrency,2,cuba teka,1,cukai,1,currency,1,daftar,1,dari dapur kedapur,1,datakl,1,device,1,diesel,1,diet,1,digi postpaid,1,digital money,2,direktori,1,doa,7,doktor,1,domain,2,dot com,1,download,3,drawing,1,duit percuma,1,duit tabung,2,ekzema,1,email,3,email tracking,1,event,1,expired,1,extensions,1,ezbuy business,1,ezbuy Prime,1,faceboko,1,facebook,10,family,1,Fast Charging,1,faucet,1,favicon,1,filem india,1,filem seram,1,follow up,1,follower,4,followers,6,forum,1,freefaucet,1,fungsi,1,G+,2,gadget,4,games,1,gaya gangnam,1,gempar,1,giveaway,20,glitterati,1,google,12,google calendar,1,google error,1,google plus,3,google trend,1,google+,1,google+ G+,1,googles,2,goole,1,gst,1,hadiah bertuah,2,halal,1,handsome,1,happy birthday,1,Hari raya Haji,2,hari wilayah,2,hashtag,1,hati bersih,1,hiburan,1,honda dash 125,1,hosting,1,hotfm,1,icon,1,iklan,7,iklan berbayar,1,iLancee,1,ilmiah,2,impian,1,income,2,info,81,info kesihatan,4,info panas,11,informasi,13,instagram,1,insurans,1,interface,1,internet,10,investment,1,istimewa,1,jalan-jalan,2,jana pendapatan,4,javascript,1,jobdirumah,2,jumaat,5,jumaat penghulu hari,1,kalkulator,1,kartun,1,keagamaan,1,kemaskini,1,kena tipu,1,keputusan,3,keputusan pemilihan,3,kerja dari rumah,2,klinik,1,knolix,1,kod html,1,komen,1,kongsi,1,kontest blog,4,korea,1,kuruskan badan,1,label,1,lagu,2,lawak,1,linkwithin,1,lirik,2,live coc,1,long url,1,lukisan kerja,1,lynk.my,5,maal hijrah,2,madu dan cuka epal,1,makanan tak sedap,1,maklumat,2,manual Fund4Life,1,market value,1,marketer,1,masak,1,mata terbeliak,1,matawang,1,matawang digital,1,maxis,1,media sosial,1,mega,1,menu,1,merdeka,1,mesej,1,metatag,1,minyak,2,minyak asmak,1,minyak herba asmak,1,minyak naik lagi,1,motivasi diri,6,movie,1,mozilla firefox,2,msn,1,muat turun,1,muatturun,1,mudah,2,muhasabbah diri,2,multi 5USB,1,myideakini,6,MYideakini bantah 200%,1,myspace,2,naruto shippudeen,2,nasihat,1,nasyid,1,network,1,networking,2,new face,1,new interface,1,niat,1,november-disember,1,nrelate,1,nuffnang,7,nutri xpress snek bar,1,offline google,1,on air,1,online,5,online money,1,pakej digi,2,pakej website,1,palestine,1,panas,1,pandangan mata,1,panduan,1,panel,1,paparan,1,part time income,3,patriotik. malaysia,1,pay per click,1,payment,1,pelaburan,1,pelanduk dua serupa,1,penawar asma,1,pengajaran,1,pengangkutan awam,1,pengangkutan persendirian,1,pengecas,1,penghargaan,2,pengumuman,1,penyakit kulit,1,people,1,peperiksaan,1,percuma,2,perkhidmatan,1,permainan tradisi,1,petrol,1,petron,1,petronas,1,piala pingat malaysia 2012,1,politik,1,portable storage,1,power center,1,Prime membership,1,produk,2,produk review,2,profil photo,1,program berbuka puasa dan majlis amal jariah,1,program ilmu,1,program realiti,3,program sihat,1,promosi,4,psoriasis,1,puasa,1,publisher,1,quacker oat meal,1,Rabu tanpa perkataan,5,rahsia,1,rangkaian,1,ransomware,1,rekod,2,renungan,1,review,6,review filem,1,rezeki,2,ron 95,1,ron97,1,sahabat,1,Salam AidilAdha,1,sambutan,1,says dot com,1,search engine optimization,1,search engine rank pages,1,sedih,1,segmen,21,sejarah,1,seks melampau,1,selamat hari raya aidil adha,1,Selamat Ulang Tahun,2,sembang sembang,2,SEO,8,SERP,2,servis,2,sharing,2,shell,1,sijil online,1,simpanan,1,siput,1,Sirah Nabi,1,sistem,2,slow,1,snail,1,sneeit spot,1,snek diet,1,software,1,solat,1,spam komen,1,speed,1,SPM,1,STPM,1,stress,1,sukan,1,sunat,1,suriafm,1,suul khotimah,1,sweden 1 star,1,sweden 2 star,1,syurga,1,tagged,2,tagline,1,tahniah,2,tahun baru islam,2,takdir,1,tarawikh,1,tazkirah,39,tazkirah Jumaat,13,teamviewer,1,teknik pemasaran,2,teknikal,3,teknologi,9,telefon pintar,1,telekom,1,tema,1,template,2,tension,1,tersurat dan tersirat,1,tifoid,1,tips,14,tips kesihatan,2,tools,1,tournament bowling,2,tournament coc,1,trading,3,tradisi,1,tradisional,1,trafik,1,tutorial,46,twin,1,twitter,2,ucapan,9,undi,1,unifi,1,unlimited internet,1,update,1,upload,1,url link,1,url shortener,1,uzumaki naruto,1,video,2,viral,3,virus,1,vote,1,wajah baru,1,wallet,1,wang digital,2,wang kripto,1,wanna cry,1,widgets,3,wild card,1,wordless wednesday,68,Wordless Wednesday #35,1,Wordless Wednesday #37,1,wordpress,4,ww,2,yahoo,1,yamaha ss 110,1,youtube,8,zikrullah,2,zukrullah,1,
ltr
item
MYiDEAKiNi Dot Com: Jalan-Jalan Jakarta, Indonesia Part #2
Jalan-Jalan Jakarta, Indonesia Part #2
Jalan-Jalan Jakarta, Indonesia Part #2
https://2.bp.blogspot.com/-x4OKKLicRHQ/WDUDs4FHI7I/AAAAAAAAMgU/aypPll5b9Hs5KGoINnziEpjsCXSbtnJPACLcB/s1600/hot.gif
https://2.bp.blogspot.com/-x4OKKLicRHQ/WDUDs4FHI7I/AAAAAAAAMgU/aypPll5b9Hs5KGoINnziEpjsCXSbtnJPACLcB/s72-c/hot.gif
MYiDEAKiNi Dot Com
http://www.myideakini.com/2016/03/jalan-jalan-jakarta-indonesia-part-2.html
http://www.myideakini.com/
http://www.myideakini.com/
http://www.myideakini.com/2016/03/jalan-jalan-jakarta-indonesia-part-2.html
true
6287414355341171900
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy